TAPAI UBI
Sinopsis
Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal biasa. Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.
UBI KAYU
Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa.
Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.
Tema
Kesungguhan anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser.
Watak
Parjo –anak sulung kepada Wak Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. / pensyarah universiti. /
Perwatakan
- Taat akan emak dan bapanya. Parjo sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah.
- Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.
- Mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading. Parjo membantu membesarkan perusahaan tapai ubi orang tuanya.
4. Seorang yang teliti. Proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.
Wak Salikon
Bapa Parjo.
Gigih melakukan pekerjaan. Wak Salikon gigih menanam pokok ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual.
Mementingkan pendidikan anak-anak. Wak Salikon menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi.
Bercita-cita tinggi. Wak Salikon berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya.
Teliti ketika melakukan pekerjaan. Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.
Emak
Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon.
Gigih membantu suami. Emak membantu Wak Salikon untuk membuat tapai ubi.
Teliti melakukan kerja. Emak sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi.
Prihatin terhadap anak. Emak mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi.
Latar Masa
(a) Waktu pagi. Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga.
(b) Selepas sembahyang isyak. Emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya.
(c) Permulaan semester. Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.
(d) Enam puluh hari. Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.
Latar Tempat
(a) Kampung Wak Salikon. Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai kampung.
(b) Kantin sekolah. Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.
(c) Rumah Wak Salikon. Tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan yang teliti.
(d) Fakulti perubatan di universiti. Tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser.
(e) Amerika Syarikat. Tempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia.
(f) Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.
Latar Masyarakat
(a) _________________________________________________________________________. Parjo bersungguh-sungguh membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi pada setiap pagi. Semasa di universiti pula, Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor Haidar.
(b) _________________________________________________________________________. Wak Salikon dan isterinya gigih membuat tapai ubi pada setiap hari.
(c) ___________________________________________________________________________. Wak Salikon dan isterinya sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi untuk memastikan kualiti tapai itu terjamin.
(d) _____________________________________________________________________ Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi kerana terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.
(e) _____________________________________________________________________. Semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya itu hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi.
(f) ______________________________________________________________________. Sebuah kilang didirikan, iaitu Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon untuk meningkatkan pengeluaran tapai ubi disebabkan permintaan terhadap tapai ubi Wak Salikon yang semakin bertambah.
Nilai
(a) _________________________________ Parjo bersungguh-sungguh membuat kajian tapai ubi yang dikatakan mampu mengurangkan serangan kanser.
(b) _________________________________ Pada setiap pagi, Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, ke kantin sekolah, warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.
(c) _________________________________. Semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi
(d) _________________________________. Parjo mengajak emak dan bapanya untuk menyaksikan dia menerima ijazah kedoktoran di universiti.
(e) _________________________________ Parjo dan rakan-rakannya telah bekerjasama untuk membuat kajian di makmal.
Pengajaran
(a) ___________________________________________________________________________.. sejak di bangku sekolah menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Dia telah digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana mahu membantu emak dan bapanya mencari rezeki.
(b) ____________________________________________________________________________. Pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak Parjo akan mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan membantu emaknya untuk memotong ubi itu.
(c) ____________________________________________________________________________. Parjo banyak membaca kajian tentang kanser payudara sebelum memulakan kajiannya. Dia melakukan kajiannya dengan teliti untuk memastikan kajian itu berjaya.
(d) _____________________________________________________________________________. Sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Parjo untuk memenuhi permintaan tapai ubi yang semakin meningkat.
(e) _____________________________________________________________________________. Setelah Parjo berjaya, dia telah membina sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon di kampungnya dan melantik emak dan bapanya sebagai pengurus kilang itu.
(f) ________________________________________________________________________________. Rakan-rakan sekolah Parjo telah mengejeknya dengan panggilan ‘Parjo Tapai’ kerana dia sering menjinjit karung tapai semasa menaiki bas ke sekolah.
Published: Feb 2, 2018
Latest Revision: Feb 2, 2018
Ourboox Unique Identifier: OB-422932
Copyright © 2018